me :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

KURMA <<---- tajuk pengucapan awam saye ! :)

salam 
hye there ~

harini nak cite sket pasal pengucapan awam . banyak kali dah sebenanye tukar2 tajuk , last2 dapat idea nak cerita pasal kurma . maklumlah puase dah nak dekat ka n . lagipun nanti mase present memang bula puasa . heee . so just bace je ea :)








Apa itu Buah Kurma?
Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Buah kurma boleh di makan sama ada yang masak atau yang mentah.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kurma. Ada kurma safawi, mariami, ajwa ( kurma nabi ), kurma yang masih lagi bertangkai, kurma rotab ( ni manis seperti madu ) dan banyak lagi. Saya suka semua jenis kurma tu kecuali kurma madu atau rotab. Hehehheh Sebab saya rasa  kurma tu lembut and manis sangat. hehehehhehe
Ketika Bulan Puasa
Apabila menjelang bulan puasa sahaja, kita akan dapat lihat buah kurma ini dijual di mana-mana sahaja. Sangat mudah untuk mendapatkan buah kurma ini ketika di bulan puasa. Ini kerana kita disunatkan untuk berbuka dengan memakan buah kurma terlebih dahulu bagi membekalkan tenaga kepada kita serta merta dan memudahkan kita untuk beribadat dengan menunaikan solat maghrib dan juga terawih. Kemudian baru kita makan-makanan yang berat seperti nasi dan sebagainya. Ini kerana, sekiranya kita memakan makanan yang mempunyai karbohidrat, kita akan cepat berasa mengantuk dan letih.
Namun begitu, kurma bukan sahaja elok di makan ketika bulan puasa sahaja. ( ini macam dah jadi trend, makan kurma ketika bulan puasa sahaja. ) Kita boleh makan kurma pada bila-bila masa sahaja kerana kurma merupakan sejenis buah yang kaya dengan pelbagai khasiat dan mempunyai banyak kebaikan.
Ketika Hamil, lepas bersalin dan ketika menyusukan anak
Ketika hamil sangat digalakkan memakan buah kurma kerana ia mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung. Ia kaya dengan Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium, folate ( bila dalam bentu pil ia di sebut asid folik ) dan banyak lagi. Sebab itu, kurma juga elok di makan oleh orang yang mengalami masalah anemia ( kekurangan sel darah merah).
Selain itu, Kurma boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa AS yang tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Buah kurma juga mengandungi unsur zat besi dan kalsium bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Buah kurma untuk bayi
Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.Selain itu, Buah kurma juga selalu dijadikan buah yang digunakan untuk bertahnik atau membelah mulut bayi dengan cara mencalitkan sedikit ke lelangit bayi.
Boleh di makan bila-bila masa sahaja
Diriwayatkan oleh Aishah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. ” Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang di makan.”
Kurma amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi kerana ketiadaan kolesterol, lemak dan gula dan ia boleh di makan bila-bila masa sahaja. Kita tidak perlu risau atau takut kalau-kalau diserang penyakit kencing manis sebabnya kandungan gula yang ada di dalam Kurma merupakan kandungan gula yang terbentuk secara semulajadi. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera terutamanya apabila berbuka puasa dan ketika bersahur. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
Korang suka buah kurma tak?
Nota: Kita hanya berusaha memberikan terbaik, dan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik tetap yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Wednesday, July 27, 2011

kasih seorang MURABBI :)


Rintikan renyai-renyai hujan di luar sudah pun kering, langit sudah pun puas menangis, pepohon hijau riang menari sambil dipuput bayu yang berhembus lembut. Pelangi  pula tidak mahu ketinggalan menceriakan suasana. Sungguh indah fatamorgana Tuhan.
Petang itu jua, satu perbualan penting bakal berlaku di antara seorang guru lama yang sudah dimamah usia bersama anak muridnya yang kini sudah bergelar seorang pakar bedah terkemuka. Mereka sudah lama terpisah namun takdir dan masa menemukan mereka kembali.
Namun suasana sudah tidak seindah dulu, kini gurunya sudah tidak bermaya di atas katil usangnya. Membilang bilah-bilah hari tamatnya usia. Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama anak muridnya yang dicintai sebelum nyawa terbang bersama memori-memori yang sudah terlakar indah.
"Wahai anak muridku, lama kita tidak berjumpa, ku harap pertemuan ini bakal menjadi satu lagi detik-detik indah kita bersama. Mungkin, ini merupakan pertemuan  terakhir kita kerana aku tidak tahu bila nyawa akan berpisah dari sekujur jasadku ini, doktor sudah mengesahkan bahawa penyakitku ini tiada penawar, cuma saat kematian sahaja boleh ditangguhkan masanya melalui ubat-ubatan yang diberikan. Sebelum melelapkan mata, aku ingin berkongsi rasa dan pengalaman bersama anak muridku yang kucintai agar menjadi pedoman kepadamu.."
"Baiklah 'sifu'... saya sedia mendengarnya... bukankah dahulu juga saya merupakan pendengar yang setia?"
"Baiklah, kehidupan ini umpama sebuah perlawanan di antara dua musuh yang saling bermusuhan. Seorang berjuang kerana kecintaanya kepada agama, keluarga serta kekasihnya namun seorang lagi berjuang kerana inginkan kemegahan di mata masyarakat, kamu rasa siapakah akan menjadi pemenangnya?" tanya guru itu kepada anak muridnya.
"Entahlah, saya rasa  kedua-duanya mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan pada hemat saya kedua-duanya ada peluang untuk meraih  kemenangan."
Guru tua itu tersenyum  bersama seribu kedutan di raut wajahnya yang semakin lesu.
"Kasih sayang  akan menang, kasih sayang sentiasa akan menang. Yusri, mungkin kamu pelik tentang keprihatinan saya pada  orang yang saya tidak kenal, tetapi saya banyak belajar bahawa perkara paling penting dalam hidup adalah belajar bagaimana hendak memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang."
Dengan nada separuh berbisik, "Dengar sini anak muridku, biarkan kasih sayang datang. Kita sangka kita tidak layak menerima kasih sayang, kita juga sangka bahawa jika kita menerima kasih sayang kita dianggap lembut. Tetapi seorang ahli pemikir hebat pernah berkata, kasih sayang adalah satu-satunya perbuatan yang wajar."
"Ingat itu wahai anak muridku. Biarlah setinggi mana pangkat kita, jangan sesekali  abaikan kasih sayang, jangan kerana 'material' dan wang ringgit kasih sayang kita gadaikan, sehingga jiwa kita menjadi terlalu rakus  dalam mengecap segala kemewahan dan kekayaan. Ini boleh menyebabkan jiwa kita gersang dan kosong apabila yang dihajati tidak dikecapi dan dimiliki. Seorang tokoh terkemuka pernah berpesan, saling sayang-menyayangilah kamu sesama manusia atau hidup ini tidak bermakna lagi."
Cintailah Allah maka hidupmu sentiasa berada dalam Maghfirah,
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu  ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat  maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.
Anak muridnya itu cuba bertanya kepada gurunya bahawa adakah dia sedih akan nasibnya itu?
Dengan tenang gurunya menjawab, "Kadang-kadang, terutama pada sebelah pagi. Itulah masanya aku meratapi nasib diriku sendiri. Aku akan bersedih apabila menemui anggota badanku yang sudah tidak berfungsi lagi. Aku meratapi kerana proses kematian yang lambat dan menyeksakan. Tetapi aku sedar bahawa semua orang akan mati, cuma kekadang kita terlupa bahawa kita akan mati. Dunia sudah pandai menggunakan helahnya untuk memperdayakan manusia yang menyangkakan mereka seolah-olah akan tinggal di dunia ini buat selama-lamanya. Namun, selepas itu aku akan berhenti bersedih."
"Begitu sahaja?"
"Ya, aku akan menangis sepuas-puasnya apabila perlu. Tetapi aku akan tumpukan kembali kepada nilai-nilai murni yang masih ada dalam kehidupanku ini. Kepada orang-orang yang menziarahi diriku, kepada cerita-cerita yang aku lihat dan dengar. Aku tidak akan membiarkan diriku ini bermuram lebih daripada itu. Fikir sejenak pada sebelah pagi dan sedikit air mata, itu sahaja."
"Guru, pentingkah di ambang pintu maut ini, guru masih mahu mendengar keluhan dan rintihan orang lain?" tanya anak muridnya.
"Sudah tentu! Dengan memberi kepada orang lainlah membuatkan aku merasa hidup. Bukan kereta ataupun rumah aku yang memberi aku kebahagiaan hakiki. Tetapi apabila aku membuatkan orang lain tersenyum setelah mereka bersedih, itulah yang menjadikan aku sihat. Hidup kita ini untuk memberi, buatlah kebaikan yang datang daripada sekeping hati yang murni, nescaya kamu tidak akan merasa tidak puas hati. Kamu tidak akan merasa iri hati. Sebaliknya kamu akan terpegun dengan apa yang akan datang kepada kamu dengan sendiri."
Sebelum pulang anak muridnya itu sempat memeluk dan mencium pipi gurunya itu dengan penuh keinsafan dan limpahan kasih sayang. Biarpun sudah lama tidak bersua, namun ikatan antara mereka berdua sentiasa mekar kerana ia dibajai dengan kasih sayang dan dilingkari dengan keikhlasan.
Petang itu, semuanya bergerak perlahan, seolah-olah dunia terhenti seketika, beburung sayu mengalunkan melodi syahdu, sang pawana pula asyik membelai-belai lembut pepohon rendang dan bumi seolah-olah terpaku dengan kata-kata seorang murabbi kepada anak muridnya.
Semuanya menjadi saksi detik terakhir, kalam terakhir, nasihat terakhir, daripada seorang guru kepada anak muridnya yang dicintai. Oleh itu hargailah pengorbanan seorang guru yang persis hayatnya seperti sebatang lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain.
'Pengaruh Seorang Guru Adalah Abadi, Dia Tidak Akan Tahu Bila Pengaruhnya Akan Berakhir'

KEHEBATAN DOA !


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;
"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..
(Sumber: Hadis Kudsi).
Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Monday, July 11, 2011

CIKGU alia ?

salam 
hye guys ~


lame sangatsangat tak menjenguk blog ni . sian die dah berhabuk . hehe . maap la blog ye , aku semakin busy sejak masuk UPSI ni , ye la , nak jadi cikgu la katekan :) *oke , busy yg bukan dibuat2 . hee . hmm . aku masok sini , jadi satu je impian aku iaitu untuk bergelar CIKGU ALIA atau yg sama waktu dengan nye . hee . setelah masuk sini , banyak benda yg aku pelajari . tak kisah la dari segi ape pon , semua nye aku belajar sesuatu yg baru . 


dah nak sebulan aku dok sini , harihari jadual yg sama . pagi pukul 8 dah start kelas , tp kene kuar kol 7 sebab kene naik bas gi kampus . then petang mostly jadual sampai kol 7 malam . letih tapi takpe , demi mase depan aku , aku kene kuat . aku kene bertahan . huhu . ni nak mencoret sket jaduak kuliah aku sepanjang minggu *setakat ni la :)


isnin     : elementary mathematics (8-9 pg) , teknologi maklumat (9-11 pg) , tutorial mathematics (3-4 ptg)
selasa  : lab IT (8.30-10.30) , fizik (5-7 ptg)
rabu    : elementary mathematics (8-10 pg) , TITAS (4-6 ptg)
khamis : fizik (9-10 pg) , kimia (10-11 pg ) , foundation BI (5-7 ptg)
jumaat :  kenegaraan (8-10 pg ) , bahasa melayu (3-5 ptg) , kimia (5-7 ptg)


yeah ! sekali pandang macam tak padat , tp padat sebenanye . ye lah kan , dr kolej nk g kampus jauh . pastu ade pulak dewan kuliah yg kat taman bernam , jauh lagi dr kampus , kire kene tukar bas pulak . haihh . penat ! tapi tak pe , kene gak kuatkan diri . huhu .


hmmm . one more thing , sejak masuk u , kesihatan aku asyik terganggu je . luaran nampak ok , tapi dalaman , aku sakit . haha . g klinik haritu dr terpakse bg ubat tahan sakit sebab aku selalu sgt sakit . sampai macam tu sekali . pastu dr bg plak multivitamin , nak soh selera aku naik sebab aku kene naik kan berat lagi 10 kilogram ! huh ! mmg tak la kan aku nak naikkan berat aku ni kan . huhu . 


hmm , kesimpulannya . aku suke dok kat sini . bnyk dugaan , tapi seronok . aku kene kuat ntok hadapi semua ni sebab aku kene kejar citacita aku yg aku impikan sejak kecik .




bakal CIKGU ALIA :)




oke lah . nnt dah dapat lappy , senang sikit nak update selalu . hehe . bye all . semoge hari korang ceria selalu :)


p/s : aku rindu kat dak2 EDC :(