me :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

KURMA <<---- tajuk pengucapan awam saye ! :)

salam 
hye there ~

harini nak cite sket pasal pengucapan awam . banyak kali dah sebenanye tukar2 tajuk , last2 dapat idea nak cerita pasal kurma . maklumlah puase dah nak dekat ka n . lagipun nanti mase present memang bula puasa . heee . so just bace je ea :)








Apa itu Buah Kurma?
Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Buah kurma boleh di makan sama ada yang masak atau yang mentah.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kurma. Ada kurma safawi, mariami, ajwa ( kurma nabi ), kurma yang masih lagi bertangkai, kurma rotab ( ni manis seperti madu ) dan banyak lagi. Saya suka semua jenis kurma tu kecuali kurma madu atau rotab. Hehehheh Sebab saya rasa  kurma tu lembut and manis sangat. hehehehhehe
Ketika Bulan Puasa
Apabila menjelang bulan puasa sahaja, kita akan dapat lihat buah kurma ini dijual di mana-mana sahaja. Sangat mudah untuk mendapatkan buah kurma ini ketika di bulan puasa. Ini kerana kita disunatkan untuk berbuka dengan memakan buah kurma terlebih dahulu bagi membekalkan tenaga kepada kita serta merta dan memudahkan kita untuk beribadat dengan menunaikan solat maghrib dan juga terawih. Kemudian baru kita makan-makanan yang berat seperti nasi dan sebagainya. Ini kerana, sekiranya kita memakan makanan yang mempunyai karbohidrat, kita akan cepat berasa mengantuk dan letih.
Namun begitu, kurma bukan sahaja elok di makan ketika bulan puasa sahaja. ( ini macam dah jadi trend, makan kurma ketika bulan puasa sahaja. ) Kita boleh makan kurma pada bila-bila masa sahaja kerana kurma merupakan sejenis buah yang kaya dengan pelbagai khasiat dan mempunyai banyak kebaikan.
Ketika Hamil, lepas bersalin dan ketika menyusukan anak
Ketika hamil sangat digalakkan memakan buah kurma kerana ia mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung. Ia kaya dengan Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium, folate ( bila dalam bentu pil ia di sebut asid folik ) dan banyak lagi. Sebab itu, kurma juga elok di makan oleh orang yang mengalami masalah anemia ( kekurangan sel darah merah).
Selain itu, Kurma boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa AS yang tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Buah kurma juga mengandungi unsur zat besi dan kalsium bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Buah kurma untuk bayi
Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.Selain itu, Buah kurma juga selalu dijadikan buah yang digunakan untuk bertahnik atau membelah mulut bayi dengan cara mencalitkan sedikit ke lelangit bayi.
Boleh di makan bila-bila masa sahaja
Diriwayatkan oleh Aishah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. ” Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang di makan.”
Kurma amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi kerana ketiadaan kolesterol, lemak dan gula dan ia boleh di makan bila-bila masa sahaja. Kita tidak perlu risau atau takut kalau-kalau diserang penyakit kencing manis sebabnya kandungan gula yang ada di dalam Kurma merupakan kandungan gula yang terbentuk secara semulajadi. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera terutamanya apabila berbuka puasa dan ketika bersahur. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
Korang suka buah kurma tak?
Nota: Kita hanya berusaha memberikan terbaik, dan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik tetap yang menentukan hanyalah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment